Ewon Ebin

Profil Datuk Ewon Ebin

Datuk Ewon Ebin

Datuk Ewon Ebin (lahir pada 26 Jun 1954) adalah seorang ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dan mewakili Ranau sebagai Ahli Parlimen Malaysia dari 2013 hingga 2018.

Beliau merupakan bekas ahli United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO), sebuah parti politik di negeri Sabah, di mana beliau salah seorang pengasas parti 26 tahun yang lalu. Beliau meninggalkan UPKO pada bulan Februari 2020, kerana kecewa dengan kepimpinan parti itu yang telah tergelincir daripada objektif asal serta gagal menjaga kebajikan ahli-ahlinya, kaum peribumi Sabah, dan rakyat Malaysia dari Sabah. Peletakan jawatan beliau di ikuti 5,000 ahli UPKO keluar parti, termasuk ahli-ahli jawatankuasa daripada bahagian Ranau. Pada bulan Mac 2020, Datuk Ewon Ebin mengisytiharkan bahawa beliau akan menyertai Parti Cinta Sabah di bawah kepimpinan bekas menteri persekutuan Datuk Seri Panglima Anifah Aman.

Kehidupan Terdahulu

Datuk Ewon Ebin dilahirkan dan dibesarkan di Bundu Tuhan, Ranau. Sebuah kampung yang terletak di kaki gunung tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Beliau bersama Isteri mempunyai enam orang anak dan memiliki Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya. Sejurus graduasi, Beliau membuka Firma guamannya sendiri bernama Tuan Vitales Ewon & Co, di Kota Kinabalu.

Pada tahun 1979, Datuk Ewon Ebin di lantik sebagai Majistret Kelas Pertama di mana beliau berkhidmat lebih dari lima tahun.

Kerjaya Kerajaan

Datuk Ewon Ebin pernah memegang beberapa jawatan tinggi di dalam Kerajaan Negeri Sabah. Antara tahun 1985 hingga 2001, beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Tabong Getah Sabah, Pengerusi Permodalan Bumiputra Sabah, Pengarah Bank Sabah dan Timbalan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO).

Kerjaya Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah

Kerjaya politik Datuk Ewon Ebin mula bersinar ketika beliau berusia 31. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan N.13 Kundasang pada tahun 1985 di atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS) selama hampir 15 tahun. Dari tahun 2004 hingga 2013, beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah yang pertama bagi kawasan N.31 Paginatan melalui United Progressive Kinabalu Organization. UPKO adalah satu lagi parti politik di Sabah, yang diasaskan bersama-sama dengan Tan Sri Bernard Dompok dan bekas pemimpin lain dari Parti Bersatu Sabah.

Semasa bertugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Ewon Ebin telah memegang pelbagai jawatan dalam Kerajaan Negeri Sabah. Pada mulanya, beliau berkhidmat sebagai:

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah
Pembantu Menteri Perlancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah
Pembantu Menteri Pembangunan PerIndustrian Negeri Sabah

Pada tahun 2004, Datuk Ewon Ebin telah dilantik oleh Ketua Menteri Sabah sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian. Selepas berkhidmat jawatan itu selama satu penggal, beliau telah dilantik ke portfolio lain sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar sehingga Pilihan Raya Umum 2013.

Ahli Parlimen Persekutuan

Pada pilihan raya umum 2013, Datuk Ewon Ebin telah memenangi kerusi Parlimen P.179 Ranau bagi negeri Sabah. Pada penggal pertama di Parlimen, beliau telah di pilih untuk menjadi salah satu Menteri Kabinet Persekutuan di mana beliau berkhidmat sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

5 Tahun

Ahli Parlimen Ranau P.179

10 Tahun

Ahli Dewan Undangan Negeri N.31 Paginatan

15 Tahun

Ahli Dewan Undangan Negeri N.13 Kundasang

Datuk Ewon Ebin di Landasan Baru

Pada pagi 25 Februari 2020, Datuk Ewon Ebin mengadakan sidang media di Lohan Rest House di Ranau, mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian UPKO Ranau. Jawatan yang di pegang oleh beliau sejak 1994.

“Setelah berbincang dengan pemimpin-pemimpin bahagian, cawangan dan ahli daripada UPKO Ranau, hari ini, saya, bersama-sama dengan ahli-ahli jawatankuasa bahagian, wanita dan Komulakan, serta ahli-ahli, yang berjumlah sekitar 5000 ahli, meletak jawatan dari UPKO dan melepaskan semua jawatan kami dengan serta-merta, “kata Datuk Ewon Ebin.

Parti Cinta Sabah

Pada 7 Mac 2020, Empat parti politik di Sabah menandatangani Memorandum Persefahaman, membentuk satu pakatan baru untuk mencabar Parti Warisan sebagai parti pemerintah di Sabah. 

Penggabungan ini akan diketuai oleh bekas Menteri Persekutuan Datuk Seri Anifah Aman sebagai Presiden baru Parti Cinta Sabah. 

Datuk Ewon Ebin, dalam ucapannya, berkata beliau dan penyokongnya bersetuju untuk menyertai Parti Cinta Sabah adalah kerana matlamat dan perjuangan teras adalah untuk mencari penyelesaian kepada pertikaian dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan untuk menyelesaikan isu pendatang tanpa izin. 

Di sebalik keputusannya untuk menyertai PCS bukanlah hanya berdasarkan kualiti kepimpinan Anifah yang sahaja, tetapi juga adalah kerana pengalaman pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli politik yang ada bersama PCS.

Secara kolektif, ia adalah barisan yang berpengalaman. Dengan pengetahuan gabungan dalam politik, ekonomi, tadbir urus di tempatan, negeri dan peringkat kebangsaan, Datuk Ewon Ebin yakin PCS boleh menjadi platform yang terbaik bagi rakyat Sabah. 

Di bawah perikatan baru, misi Datuk Ewon adalah untuk terus menyuarakan isu-isu pendatang tanpa izin, pembangunan di kawasan luar bandar, dan pertikaian MA63.

Sertai Perjuangan Ewon

Datuk Ewon Ebin memerlukan anda sebagai sukarelawan untuk membantu beliau memajukan Ranau.

“Perjuangan yang di hargai adalah perjuangan yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan, ini adalah wira dan wirawati sebenar Ranau,” Datuk Ewon Ebin.

Hubungi Ewon

info@ewonebin.com

Ewon di Sosial Media

Share This